..MASIH TERCARI-CARI..



Aq sedang menanti dia,
Se0rang lelaki yang akan bergelar suami,
Se0rang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Se0rang hambaNYA yang sentiasa zikrullah..

Dia se0rang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku,
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Dengan zikir-zikir munajat,
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aq leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aq sedang asyik terpes0na dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pes0na cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelak0n,
Hasil keputusan lak0nan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia se0rang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula,
Sejadah imannya yang terk0yak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga s0latnya kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin menc0nt0hi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadi,
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berd0a dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aq ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aq ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aq mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaqu pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aq padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..???
sekarang aq juga tidak mengetahui siapakah dia j0d0hqu,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
D0aqu, sem0ga dia tercipta untuk ku,
Sem0ga aq bertemu j0d0h dengan dia,
Kerana..
aq masih lagi tercari-cari..

No comments: